Untuk menjawab soalan berbentuk KBAT (Kemahiran Aras Tinggi) pelajar bolehlah menggunakan cara berikut:

  1. Memahami dan mentafsirkan masalah
  2. Merancang strategi penyelesaian
  • Melaksanakan strategi
  1. Menyemak semula penyelesaian

 

Contoh menjawab soalan KBAT dalam subjek Sains UPSR:

 

Rajah 5 di bawah menunjukkan aktiviti menyelam.
soalankbat1

 

 

 

Rajah 5 Jika penyelam tersebut kekurangan sumber P di dalam laut, bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah tersebut?

A Meneruskan aktiviti menyelam.

B Mengganti sumber P di dalam laut.

C Berkongsi sumber P dengan rakan lain untuk seketika.

D Meminta bantuan daripada rakan lain dengan menggunakan isyarat tangan.

Cara untuk menjawab soalan ini

  1. Analisa soalan
Soalan Jika penyelam tersebut kekurangan sumber P di dalam laut bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah tersebut
Kata kunci Sumber P Dalam laut Mengatasi

 

  1. Kenal pasti info yang diberi

Sumber P > OKSIGEN

dalam laut > Manusia tidak boleh bernafas

Mengatasi > Cari sumber oksigen

  • Merancang strategi penyelesaian
Sumber P > OKSIGEN Mencari sumber oksigen yang boleh diterima manusia
dalam laut > Manusia tidak boleh bernafas
Mengatasi > Cari sumber oksigen

 

  1. Menyemak semula penyelesaian
  Jawapan pilihan Mencari sumber oksigen yang boleh diterima manusia
A Meneruskan aktiviti menyelam

X

B Mengganti sumber P di dalam laut

X

C Berkongsi sumber P dengan rakan lain untuk seketika

/

D Meminta bantuan daripada rakan lain dengan menggunakan isyarat tangan.

X

 

Jawapan bagi soalan di atas adalah C: Berkongsi sumber P dengan rakan lain untuk seketika.

Comments

comments