Tidak semua pelajar mempunyai cara pembelajaran yang sama. Ada yang kurang belajar tetapi mereka tetap berjaya, dan ada juga yang belajar bagai nak gila tapi masih tidak mendapat keputusan yang cemerlang.

Mengapa perkara ini boleh terjadi? Jadi kami telah bertanyakan kepada beberapa orang pelajar yang kerap mendapat keputusan cemerlang tentang rahsia kecemerlangan mereka. Segala rahsia dan tips kecemerlangan mereka, telah kami rumuskan disini. Jom kita lihat!

Image result for good relationship with teachers

  1. Hubungan baik dengan Guru

Menjalinkan hubungan yang baik dengan guru bukan bermakna pelajar itu seorang pelajar yang suka “membodek”, namun mempunyai hubungan yang baik dengan guru sebenarnya dapat menghasilkan pemikiran dan jiwa yang positif, ini kerana jika hubungan yang baik ini dapat diperolehi, lebih mudah bagi seorang pelajar unutk berinteraksi dengan guru dalam proses pembelajaran. Malah, rasa takut untuk bertanya akan berkurang dan lebih meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar.

Image result for looking at books

2. Memahami isi subjek

Mengulangkaji semula mata pelajaran yang telah dipelajari pada hari tersebut amat membantu pelajar untuk menguasai subjek-subjek tertentu. Terutamanya bagi subjek yang memerlukan pefahaman dari konsep pembacaan, seperti subjek sejarah, bahasa Malaysia, sains dan sebagainya. Salah seorang pelajar yang kami temui mengatakan system mengulangkaji perlulah disusuli dengan kefahaman yang sepenuhnya, ini kerana proses mengulangkaji tanpa kefahaman yang betul, akan mensia-siakan masa seorang pelajar itu.

Image result for solat subuh

3. Kuasa waktu subuh

Kebiasaanya waktu mengulangkaji bagi pelajar-pelajar adalah sebelum mereka masuk tidur iaitu dari 9 malam hingga 11 malam. Namun berbeza bagi salah seorang pelajar cemerlang yang kami temui ini beliau biasa mengamalkan waktu mengulangkaji pelajaran pada pukul 5 pagi sebelum waktu subuh dan selepas waktu subuh. Bagi beliau waktu subuh adalah waktu yang paling sesuai untuk membaca, memahami dan menghafal kerana waktu subuh adalah peringkat hari yang paling tenang. Beliau juga mengamalkan mandi sejam sebelum terbit fajar dan sebelum mengulangkaji kerana beliau merasakan amalan itu membuatkan badan lebih segar dan sihat.

Image result for doing homework

4. Latih tubi

Latih tubi adalah perkataan yang seringkali didengari oleh kita tentang bagaimana cara untuk lebih cemerlang dalam pembelajaran. Begitu juga dengan pendapat para pelajar cemerlang yang kami temui ini, mereka kerap melakukan latih tubi atau latihan menjawab soalan terutama sekali subjek yang memerlukan formula dan pengiraan, contohnya matematik. Melalui proses latihan yang kerap akan membuatkan pelajar itu lebih yakin dan mudah untuk memperuntukkan masa menjawab soalan dalam peperiksaan sebenar.

Image result for eating vitamin

5. Vitamin “Motivasi”

Terdapat pelajar yang sangat cemerlang dalam proses pembelajaran di sekolah, seperti kerap bertanyakan soalan kepada guru, hadir ke sekolah setiap hari, menyelesaikan kerja rumah yang diberikan, namun masih tidak mampu menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Ini adalah disebabkan factor psikologi diri, dimana berkemungkinan pelajar-pelajar seperti ini tidak diberikan galakan dan motivasi yang secukupnya di rumah. Seperti salah seorang pelajar yang kami temui ini, beliau mempunyai masalah keluarga iaitu penceraian. Kami bertanyakan beliau bagaimana beliau boleh menepis segala masalah yang berlaku dan menjadi seorang pelajar yang cemerlang, beliau memberikan satu formula kepada kami :

(USAHA + DOA) – ALASAN = CEMERLANG

“kecemerlangan tidak akan datang bergolek tanpa usaha,

Usaha tidak akan terhasil jika memberi alasan,

Alasan akan mati jika kita sering berdoa.”

Bagi beliau, tiada alasan untuk berjaya. Jika sukar untuk mendapatkan seseorang yang prihatin untuk memberikan motivasi kepada kita, kenapa tidak kita mencari sediri motivasi untuk hidup kita? Antara cara paling mudah untuk meningkatkan motivasi diri kita adalah dengan banyakkan membaca buku ilmiah atau yang beragama islam, bacalah Al-Quran. Sesungguhnya membaca itu adalah jambatan ilmu.