Fakta Dan Auta Mikroorganisma

Pelajar tahun 6 kini telah mula mempelajari ilmu kehidupan seni. Jika diimbas kembali sebenarnya subjek kehidupan seni ini telah dipelajari sejak tahun 5 sebelum silibus mula diubah dan dianjak. Namun, mereka hanya mempelajari cara untuk mengenali jenis mikroorganisma yang berbeza, proses hidup mereka, kebaikan dan juga keburukan mereka kepada manusia. Pasti ada yang tertanya adakah konsep mikroorganisma hanya boleh diaplikasikan kepada roti dan makanan yang berkenaan sahaja? Bagaimana pula dengan kehidupan seharian? Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk merungkai segala yang berkaitan dengan mikroorganisma. Adakah semua produk dikatakan baik, baik untuk kita? Manakala yang dikatakan tidak baik maka tidak baik bagi kita?

KES 1

(PRODUK PEMBERSIH PERIBADI WANITA)

Bercakap dari segi kebaikan, produk seperti ini bagus untuk tujuan pembersihan. Namun, tahukah anda produk ini boleh menjadikan pH kawasan yang terlibat menjadi neutral? Sedangkan pH asid atau rendah diperlukan untuk memastikan bakteria baik kekal hidup dan melindungi kawasan yang terlibat daripada jangkitan mikroorganisma jahat. Oleh itu, golongan wanita hanya disarankan untuk menggunakan produk ini ketika perlu sahaja. FAKTA!

KES 2

(“JANGAN MERENUNG MATA INDIVIDU YANG MENGHIDAPI KONJUNKTIVITIS”)

AUTA! Sesetengah individu menganggap bahawa sakit mata boleh menjangkit jika merenung mata individu yang telah dijangkiti. Mungkin mereka berpendapat bahawa bakteria atau virus yang terlibat boleh terbang dari mata ke mata. Tidak dan tidak sama sekali. Penyakit Konjunktivitis hanya boleh dijangkiti melalui sentuhan. Untuk lebih jelas,

Individu A: Individu yang menghidapi sakit mata. Setelah menggosok mata, beliau menyentuh meja tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Individu B: Individu yang sihat. Beliau menyentuh tempat yang disentuh oleh individu A dan menggosok matanya. Selepas beberapa hari, beliau dijangkiti sakit mata.

KES 3

(ULAT KELUAR DARIPADA HIDUNG KERANA RESDUNG)

AUTA! Resdung ialah penyakit yang disebabkan oleh alahan. Apabila Ostium iaitu bahagian di dalam hidung tersumbat, hingus akan terkumpul di sinus. Keadaan ini menyebabkan jangkitan kuman yang membawa kepada penyakit resdung. Resdung tiada kena mengena dengan ulat. Ulat hanya boleh keluar daripada hidung apabila lalat telah memasuki bahagian dalam hidung dan bertelur sehingga menghasilkan ulat.

KES 4

(SABUN BADAN ANTIBAKTERIA)

Tahukah anda bahawa anggota badan mempunyai mikroorganisma yang baik? Sabun badan antibakteria dapat mengurangkan bilangan bakteria baik. Bakteria baik mempunyai tugas untuk melindungi badan daripada bakteria jahat yang boleh menyebabkan penyakit. Individu hanya digalakkan untuk memakai sabun antibakteria setelah memasuki makmal atau tempat yang terdedah kepada bakteria bahaya. FAKTA!

KES 5

(MINUMAN PROBIOTIK BAIK UNTUK SEMUA)

Minuman probiotik mempunyai bakteria baik yang hidup bagi membantu proses penghadaman. Namun tahukah anda ia boleh mendatangkan penyakit atau jangkitan jika diambil oleh individu yang tidak mempunyai atau mempunyai pertahanan badan yang lemah? Selain itu, kesan sampingan mengambil minuman probiotik ialah ia dapat merosakkan gigi. Ini kerana minuman tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi bagi memastikan bakteria kekal hidup sepanjang proses pemasaran. FAKTA!

Article From Syafinaz

Comments

comments