Siapa taknak duit lebih?

Sebagai seorang remaja, anda pasti tidak bekerja kan? Kerana masih bersekolah dan itu bagus! Tetapi adakalanya mesti anda terasa nak duit lebih, betul tak? Di bawah adalah 5 tip bagaimana remaja boleh menyimpan wang.

  1. Simpan sedikit Elaun Harian/Mingguan

Ibu bapa anda mesti ada bagi duit belanja, tak kiralah harian atau mingguan. Ada juga kemungkinan, duit belanja yang kita terima terlalu banyak. Jadi, cuba untuk menabung seberapa banyak yang mungkin. Cuba ketepikan sejumlah wang tersebut untuk masuk tabung.

Ia bukan senang, tetapi boleh dilaksanakan. Tak perlu nak beli 5 helai baju berlainan warna setiap bulan, cukup 1 atau 2 helai.

  1. Bawa makanan dari rumah

Daripada beli makanan di kantin atau kedai, bawa bekal dari rumah dan jimat duit belanja. Buat sandwich ringkas atau nasi goreng (minta tolong mak buat). Dengan cara ini, anda tak perlu membeli makanan, dan sekaligus boleh berjimat. Senang kan?

  1. Kerja di rumah

Tolong mengemas rumah, basuh baju atau sidai baju yang mak basuh. Cuba lah, mana tahu mak nak bagi RM1 atau RM2. Untung-untung boleh dapat RM10 sehari. Banyak juga tu.

  1. Kerja sambilan

Ini untuk remaja yang berumur 16 tahun ke atas. Apa kata cuba untuk bekerja sambilan. Kenapa? Duit! Dan juga ibu bapa anda mesti bangga sebab anak mereka belajar cara untuk bekerja dan mencari rezeki. Anda juga dapat belajar bertanggungjawab dan mengawal aliran duit yang diterima nanti. Lambat laun, anda perlu bekerja juga kan? Cubalah dari sekarang, tak rugi tau.

  1. Buka Akaun Simpanan

Jika sudah mula memperoleh wang dan ingin simpan, minta ibu bapa untuk buka akaun simpanan di bank untuk anda sendiri. Cara ini dapat menjamin keselamatan dan anda akan tidak terdorong untuk berbelanja.

Tidak mustahil untuk seorang remaja menyimpan wang yang banyak. Belajar bagaimana dan tentukan sendiri cara pengurusan tersebut.

Sebaik sahaja anda mula menyimpan dan dapat lihat hasil yang lumayan, anda pasti rasa teruja dan akan bekerja lebih keras lagi untuk menyimpan.

Cubalah!
Article from JS

Comments

comments