Untuk menjawab soalan berbentuk KBAT (Kemahiran Aras Tinggi) pelajar bolehlah menggunakan cara berikut:
- Memahami dan mentafsirkan masalah
- Merancang strategi penyelesaian
- Melaksanakan strategi
- Menyemak semula penyelesaian
Contoh menjawab soalan KBAT dalam subjek Sains UPSR:
Rajah 5 di bawah menunjukkan aktiviti menyelam.
Rajah 5 Jika penyelam tersebut kekurangan sumber P di dalam laut, bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah tersebut?
A Meneruskan aktiviti menyelam.
B Mengganti sumber P di dalam laut.
C Berkongsi sumber P dengan rakan lain untuk seketika.
D Meminta bantuan daripada rakan lain dengan menggunakan isyarat tangan.
Cara untuk menjawab soalan ini
- Analisa soalan
Soalan | Jika penyelam tersebut kekurangan sumber P | di dalam laut | bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah tersebut |
Kata kunci | Sumber P | Dalam laut | Mengatasi |
- Kenal pasti info yang diberi
Sumber P > OKSIGEN
dalam laut > Manusia tidak boleh bernafas
Mengatasi > Cari sumber oksigen
- Merancang strategi penyelesaian
Sumber P > OKSIGEN | Mencari sumber oksigen yang boleh diterima manusia |
dalam laut > Manusia tidak boleh bernafas | |
Mengatasi > Cari sumber oksigen |
- Menyemak semula penyelesaian
Jawapan pilihan | Mencari sumber oksigen yang boleh diterima manusia | |
A | Meneruskan aktiviti menyelam |
X |
B | Mengganti sumber P di dalam laut |
X |
C | Berkongsi sumber P dengan rakan lain untuk seketika |
/ |
D | Meminta bantuan daripada rakan lain dengan menggunakan isyarat tangan. |
X |
Jawapan bagi soalan di atas adalah C: Berkongsi sumber P dengan rakan lain untuk seketika.