Bagaimana melatih anak anda untuk menabung?

ani1

Sebagai ibu bapa, pasti anda runsing bagaimana cara yang sesuai untuk mengajar anak menabung atau bagaimana untuk melatih anak mengawal perbelanjaan mereka, bukan? Oleh itu, berikut adalah beberapa tips yang mungkin boleh anda gunakan untuk melatih anak-anak anda untuk menabung!

 

  1. Hadiah

Hadiahkan sebuah tabung yang cantik dan sesuai dengan minat anak sempena hari jadinya. Ia tidak perlu terlalu mahal pun sebenarnya, cukup dengan ilustrasi yang boleh menarik minat mereka untuk menabung. Contohnya tabung yang mempunyai gambar kartun kesukaan mereka ataupun sukan kegemaran mereka!

ani3 ani2

  1. Memberitahu kepentingan menabung

Sebelum memulakan aktiviti menabung, beritahu anak-anak akan kepentingan menabung itu sendiri, dan kenapa mereka perlu menabung supaya mereka faham aktiviti menabung adalah untuk kebaikan diri mereka sendiri di masa hadapan. Sebagai contoh, duit hasil tabungan boleh digunakan untuk membeli kelengkapan sekolah, buku-buku, dan juga boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

ani4

  1. Beri idea tujuan membuat tabungan.

Beri idea kepada anak-anak tujuan mereka menabung. Contohnya, untuk membeli peralatan sukan, permainan atau buku cerita kegemaran, mereka perlulah menabung sedikit demi sedikit sehingga jumlah yang terkumpul membolehkan mereka membeli sendiri barangan tersebut. Secara tidak langsung menggalakkan mereka lebih berdikari sedari kecil lagi.

ani5

  1. Tunjukkan contoh tabungan anda terlebih dahulu

Ibu bapa seharusnya memulakan terlebih dahulu aktiviti menabung ini sebelum mengajak anak-anak untuk turut serta. Secara tidak langsung ia memupuk kecenderungan anak-anak untuk menabung apabila melihat contoh yang ibu bapa mereka tunjukkan.

ani6

  1. Beri panduan cara menabung yang betul.

Kerap kita diajar cara menabung dengan menyimpan baki dari perbelanjaan bukan?Apa kata kita ubah cara menabung tersebut dengan terlebih dahulu mengasingkan wang tabungan dari belanja yang dibe
ri. Sebagai contoh, latih anak supaya mengasingkan siap-siap RM1 dari belanja RM3 yang diberi sebelum ke sekolah. Hal ini demikian akan dapat mengelakkan anak-anak menggunakan wang tersebut untuk membeli benda tak berfaedah!

  1. Memberi motivasi

Beri galakkan dan motivasi kepada anak-anak dengan meletakkan target tabungan. Apabila jumlah tabungan telah mencapai target, ajak anak anda ke bank bersama-sama untuk membuka akaun atau untuk menyimpan tabungan ke dalam bank. Anak-anak pasti akan teruja melihat mereka layak untuk membuka akaun di bank dengan hasil simpanan mereka sendiri!

ani7

Comments

comments