Pergi sekolah jalan kaki kita bising kaki lenguh, kena tunggu bas kita mengeluh letih bermandikan peluh.  Lihat rakan kita yang ekstrem ini pasti kita akan tercengang dan berhenti mengeluh. Tabik spring bila saya melihat keadaan mereka ini.  Walaupun ekstrem situasi mereka ini namun semangat juang mereka untuk ke sekolah memang tidak pernah terkalahkan dek keadaan yang perlu mereka tempuh setiap hari.

  1. China

china

Ini bukan mendaki gunung untuk mencabar diri seperti yang kita buat untuk bina semangat diri atau minat kita pada sesuatu yang ekstrem, adik-adik yang kita lihat di dalam gambar ini sedang melalui laluan pergi dan balik sekolahnya dengan memanjat lereng gunung yang sungguh ekstrem ini.  Lihat sahaja ciri-ciri keselamatan yang longgar ini sanggup ke kita mengeluh lagi dengan nikmat yang Tuhan beri kepada kita.

2. Indonesia

indonesia

Rakit ini menjadi penggerak mereka untuk ke sekolah.  Bayangkan dengan tidak memakai jaket keselamatan sungai yang luas dan dengan selamba sahaja adik-adik ini berdiri dan tetap bersemangat untuk ke sekolah.  Semangat itu yang penting patut dicontohi semangat mereka ini.

3. Filipina

filipina

Tanpa pengawasan orang dewasa adik-adik ini tetap bersemangat ke sekolah berkongsi pelampung getah. Tiada alasan untuk mereka menyerah kalah dengan keadaan mereka supaya tetap pandai dan berjaya dengan ilmu penuh di dada.  Harap dengan usaha mereka yang ekstrem ini bakal menjadikan ilmu yang mereka pelajari berguna dan lebih bererti.

4. Sri Lanka

sri-lanka

Melintasi titi halus seperti ini sambil tengok kedalaman gaung dibawah titi itu untuk ke sekolah sanggup ke anda mengomel lagi.  Melihat keadaan ekstrem seperti ini buat saya sendiri rasa bersyukur sangat yang saya lahir dan belajar dengan kemudahan yang lengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang sungguh memuaskan.

Comments

comments