Apa boleh anda lakukan ketika waktu rehat di sekolah?

Kebanyakkan pelajar merasakan waktu rehat di sekolah hendaklah dihabiskan dengan makan sambil bersembang atau pun mengusik rakan-rakan. Jika anda merupakan pelajar yang mementingkan masa, pasti anda rasakan dengan melakukan perkara tersebut seebnarnya anda telah membuang masa begitu sahaja! Mari kita lihat apa aktiviti berfaedah yang sesuai dilakukan sepanjang waktu rehat yang sebentar itu.

 

  1. Membaca buku/novel/majalah.

Paling bermanfaat untuk dilakukan sebagai seorang pelajar, kerana sering kita dengar ungkapan membaca adalah jambatan ilmu. Semakin banyak kita membaca, semakin luas pengetahuan yang akan kita peroleh. Membaca juga dapat meningkatkan penguasaan bahasa, tidak terhad kepada bahasa melayu atau inggeris sahaja, malah mungkin bahasa cina juga boleh dikuasai jika kita belajar mengenal 3-4 karekter cina ketika waktu rehat pada setiap hari. Anda juga perlulah bijak memilih bahan bacaan seperti reader digest dan juga lain-lain. Diingatkan, majalah yang dianjurkan hendaklah berunsur pendidikan ya adik-adik, bukan majalah picisan seperti majalah hiburan dan artis!

ani2

  1. Bermain papan permainan seperti sahibba/scrabble.

ani3

Permainan yang menyeronokkan ini akan membawa anda mengenal serta mencipta pelbagai perkataan dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris di atas papan sahibba atau scrabble. Anda mungkin akan terkejut melihat perkataan yang dipilih itu terdapat dalam kamus walaupun sebenarnya ia kedengaran agak pelik! Ajak rakan-rakan anda turut serta, dan cabar mereka mencipta perkataan-perkataan supaya kamu semua boleh meningkatkan penguasaan tatabahasa masing-masing.

ani4

  1. Bermain permainan uji minda.

Ini pun tidak kurang seronoknya tahu! Anda dan rakan-rakan hendaklah menulis 5 pengetahuan am di atas setiap kepingan kad masing-masing, dan mulakan sesi soal jawab. Jika anda mempunyai 4 orang rakan, dan setiap rakan mempunyai 5 soalan pengetahuan am, lihat! anda sudah memperoleh 20 pengetahuan am dalam masa 20 minit waktu rehat. Hebat bukan!

ani5

Comments

comments