Kebanyakan ibu bapa mengambil kesempatan ketika cuti sekolah untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Mereka akan memastikan destinasi percutian mereka sungguh bermakna dan dapat diingati. Tetapi bukankah destinasi percutian akan lebih bermakna jika ibu bapa menyelitkan unsur melancong sambil belajar? Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Di bawah menunjukkan beberapa destinasi yang menyokong tajuk penulisan pada kali ini.
- Melaka
Melaka dikenali dengan bandar bersejarah. Melalui perlancongan ini, anak-anak dapat menghargai negara sendiri dengan mempelajari pelbagai sejarah yang melibatkan zaman penjajahan oleh kuasa luar.
- Jepun
Jepun dikenali dengan negara yang penuh dengan tertib. Ia juga sebuah negara yang hampir tiada kes vandalisma. Untuk membuktikan bahawa Jepun sebuah negara yang tinggi tertibnya, mengatakan ‘tidak’ secara langsung adalah satu perbuatan yang dianggap tidak bermaruah. Selain itu, menghembus hidung dikhalayak ramai tidak dibenarkan. Oleh itu, dengan melawat negara ini, anak-anak boleh mempelajari tata tertib yang baik.
- Taj Mahal, India
Taj Mahal dibina semasa pemerintahan Kaisar Shah Jahan dari Kerajaan Mughal. Ia dicipta untuk mengingati isteri ketiganya iaitu Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anak ke 14 mereka. Pembinaan ini mengambil masa selama 22 tahun iaitu dari tahun 1631 sehingga tahun 1653. Melalui perlancongan ini, anak-anak dapat mempelajari dan menerapkan kasih sayang yang tinggi antara anggota keluarga.
Pelbagai lagi tempat yang menarik untuk dilawati. Ibu bapa perlu kreatif dalam mendidik dan meluangkan masa bersama anak-anak. Ini kerana, ibu bapa yang kreatif menjadikan anak-anak mereka lebih bijak dan berpengetahuan luas selain hanya memastikan anak-anak belajar melalui buku dan waktu kelas sahaja.