Penjagaan Keselamatan Anak-Anak Di Sekolah

Kes-kes penculikan yang berlaku di Malaysia seringkali berlaku apabila kanak-kanak itu mahu pergi dan pulang dari sekolah. Ini kerana kanak-kanak itu berjalan bersendirian dan memberi peluang besar kepada penculik untuk melakukan aktiviti mereka.

Sebagai ibu bapa yang bekerja, kita perlukan menyediakan pengetahuan ataupun persiapan yang lengkap untuk kanak-kanak itu menghadapi situasi begini walaupun kita telah membayar penjaga untuk menjaga anak kita.

Contoh-contoh persiapan yang perlu ada ialah:

safety2

  1. Tag nama yang boleh kita sangkutkan pada beg. 
  • Di tag itu, mesti ada nama dan nombor telefon ibu bapa supaya apa-apa berlaku, orang yang menjumpai tag itu boleh menghubungi nombor tersebut.

safety3

2. Penggera

  • Penggera ini bertujuan boleh menarik perhatian sesiapa apabila ia ditarik. Kita boleh memberitahu anak kita jika ada orang yang mereka tidak kenali mendekati dia, boleh gunakan penggera itu.

safety4

3. Penyembur lada

  • Penyembur lada ini perlu sentiasa ada didalam beg anak anda sebagai persediaan. Jika ada orang yang tidak kenali ingin lakukan apa-apa pada mereka, anak anda boleh tekan penyembur itu pada mata orang itu.

Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menyelamatkan anak-anak anda yang berada diluar dan juga di sekolah.

Article From Ainanie

Comments

comments