Apa itu Sirah Nabawiyah? Pada masa kini, ramai anak muda dikalangan pelajar sekolah sudah mula lupa tentang sejarah zaman perjuangan Rasulullah. Apa yang perlu mereka ingati, lebih pada musim peperiksaan. Natijahnya, anak muda masa kini sukar untuk belajar menghargai, menginsafi dan mempelajari tentang apa yang sudah terjadi. Jadi adakah matlamat kita untuk mendidik anak muda islam kita yang lebih kearah intelektual tercapai? Apakah pendekatan yang perlu diambil oleh guru bagi melahirkan rasa minat mereka tentang sejarah kisah nabi kita?

Pihak kami sempat berjumpa dengan salah seorang guru muda yang mengajar bagi bab Sirah Nabawiyah untuk subjek pendidikan agama islam, iaitu :

cikguzarina

 

CIKGU SITI ZARINA

MENGAJAR SUBJEK PENDIDIKAN AGAMA ISLAM, MATEMATIK, EKONOMI & BAHASA ENGGERIS.

SEKOLAH KEBANGSAAN IMTIYAZ IPOH PERAK.

HAMPIR 7 TAHUN PENGALAMAN MENGAJAR

 

 

Kami bertanyakan tentang bagaimana beliau beberapa pertanyaan yang berkaitan tentang pendidikan dalam Sirah Nabawiyah.

S : Menurut pengetahuan cikgu, Apa itu Sirah Nabawiyah?

J : Ibnu Mandzur dalam kitab Lisanul Arab  menyatakan arti As Sirah menurut bahasa adalah kebiasaan, jalan, cara, dan tingkah laku. Menurut istilah umum, artinya adalah perincian hidup seseorang atau sejarah hidup seseorang. Para ulama pun sepakat menyatakan bahwa maksud dari as-Sirah an-Nabawiyah adalah sejarah hidup Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam yang komprehensif.

S : Apakah intipati yang boleh didapati dalam bab Sirah Nabawiyah?

J :  Pada dasarnya sirah membawa 3 bahasan utama :

  1. Sejarah kehidupan Rasulullah S.A.W sejak tanda kenabian (sejak lahir) sampai wafatnya.
  2. Sejarah kehidupan para sahabat yang beriman dan berjihad bersama beliau.
  3. Sejarah penyebaran Islam yang dimulai dari turunnya Al ‘Alaq di Gus Hira sampai berduyun-duyun umat di Jazirah Arab memasuki Islam

S : Apakah cabaran cikgu semasa proses pembelajaran bagi bab ini di kelas cikgu ?

J : Memandangkan saya memang mengajar di sekolah yang berteraskan agama, jadi cabaran yang besar, masih belum dirasai. Cuma secara normalnya, seorang pelajar terutamanya mereka yang masih di peringkat sekolah rendah ini memang selalu nya akan mudah bosan dengan pembelajaran yang memerlukan mereka mengingati tarikh dan nama-nama peristiwa yang telah berlaku.

S : Sepanjang proses pembelajaran, bagaimanakah tahap respon yang diberikan oleh pelajar?

J : Dalam 100% jumlah pelajar , cuma 55% yang selalunya memberikan respon positif dari segi minat ingin tahu, selalu bertanya, membuat nota untuk pefahaman sendiri, manakala yang selebihnya, lebih pada untuk mencukupi waktu belajar, dan bila menjelang musim peperiksaan, baru mereka akan bertanya tentang sebarang persoalan yang berkaitan.

S : Jadi, adakah cikgu membuat apa-apa pendekatan selepas melihat respon pelajar yang kurang memberi perhatian kepada bab tersebut?

J : Ada. Jika sebelum ini saya hanya akan meminta pelajar merujuk kepada buku teks, dan baca secara bergilir-gilir sebelum sesi penerangan dari saya, namun kini saya sendiri yang akan bercerita dengan penuh penghayatan, emosi, keyakinan seolah-olah mereka sedang melihat satu pertandingan bercerita agama islam.

Ada juga pernah satu ketika, saya meminta mereka semua memilih satu tajuk tentang peristiwa nabi, dan minta mereka membaca, menghafal tarikh-tarikh dan nama-nama penting, dan tiba masa waktu pembelajaran agama islam, saya akan minta mereka mulakan dengan sesi bercerita. Jika mereka ada prop atau kostum yang ingin digunakan dalam proses bercerita, saya sangat-sangat mengalukan. Bagi saya ini dapat merangsang ingatan pelajar tentang cerita-cerita yang disampaikan.

S : Sebagai seorang guru, apakah nasihat atau tips  yang mungkin ingin cikgu sampaikan pada pelajar diluar sana untuk mereka terus meminati bab Sirah Nabawiyah ini ?

J : Sirah Nabawiyah adalah satu pelajaran yang sangat penting terutama kita yang beragama islam kerana seumpama kita beajar subjek sejarah di sekolah, untuk melahirkan rasa patriotik sayang dan cinta pada negara, begitu juga dengan bab sirah ini. Dengan proses dan pefahaman yang kita pelajari, kita perlu memahami dan menghayati setiap perjuangan pejuang-pejuang pada zaman nabi dan rasul kita supaya sentiasa terbit penghayatan kita, rasa cinta kita pada agama Islam. Keinsafan juga akan lahir dari hati tatkala kita benar-benar memahami setiap penceritaan yang kita pelajari.

Antara tip yang saya boleh kongsi disini, adalah:

  • Harus meminati setiap subjek yang dipejari
  • Jgn hanya membaca sahaja, tapi perlu difahami.
  • Banyak bertanya pada guru.
  • Perbanyakan membca Al-Quran, itu adalah penyelamat kamu, waktu belajar, hidup kamu dan juga mati kamu. Wallahu a’lam

Dengan berakhirnya soal jawab bersama cikgu Zarina tadi, harap pelajar-pelajar semua dapat mengambil iktibar dan pendekatan yang sama dalam mendalami ilmu Sirah Nabawiyah. Akhir kata,

“Belajar lah dari sejarah, kerana sejarah adalah guru panduan hidup yang sangat berguna”

Comments

comments