Belajar Sendiri VS Belajar Berkumpulan

Setiap dari kita ada cara belajar yang kita selesa ada yang biasa dengan belajar sendiri ada yang sukar untuk belajar sendiri dan lebih fokus ketika belajar secara berkumpulan.  Keadaan sekitar juga banyak mempengaruhi cara pembelajaran kita ada yang mementingkan keadaan yang sunyi ada yang gemar belajar bersama headphone ditelinga.  Yang pastinya setiap apa pun pilihan cara belajar yang kita pilih keselesaan kita adalah yang paling perlu kita utamakan.

  1. Belajar Sendiri

i. Mengurangkan gangguan luar

  • Apabila kita memilih untuk belajar sendiri kita dapat mengurangkan gangguan daripada rakan-rakan kita sebab selalunya bila berkumpul bersama rakan-rakan masa kita banyak terbuang daripada menunggu cukup korum hingga ke perbualan yang tidak berkesudahan, biasalah rakan baik bila berjumpa memang begini bukan.

ii. Belajar pada kadar keselesaan sendiri

  • Dengan memilih untuk belajar sendiri kita akan mula belajar mengikut kadar kemampuan kita sendiri.  Kita boleh mengulang pembacaan sehingga kita faham kita juga akan jadi lebih fokus pada material pembelajaran yang kita gunakan pada waktu itu. Apabila sudah fokus masa kita banyak tertumpu pada pelajaran yang kita pelajari.

iii. Mempertingkatkan kadar fokus

  • Belajar sendiri secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti fokus belajar kita sendiri.  Selalunya apabila kita belajar bersama teman kita akan turut belajar kembali subjek yang telah kita kuasai jadi jika kita memilih untuk belajar sendiri kita akan lebih menumpukan perhatian pada subjek yang kita sedang belajar tanpa perlu membuang masa pada subjek yang telah kita kuasai.

2. Belajar Secara Berkumpulan

i. Mengekalkan dan Menambah Ilmu Pengetahuan

  • Tahukah anda belajar secara berkumpulan mampu untuk mempertingkat kadar pengekalan ilmu pengetahuan serta dapat menambah ilmu baru kerana kita akan kerap mengulang pelajaran bersama rakan-rakan yang berada dalam kumpulan.  Dalam masa yang sama kita juga dapat mengembangkan ilmu dengan perkongsian informasi baru dari perbincangan bersama rakan-rakan kita.

ii. Memperluaskan Akses Informasi Ilmu

  • Belajar secara berkumpulan juga secara tidak langsung akan membuatkan kita berkongsi dengan rakan-rakan kita ilmu baru yang datangnya dari sumber material yang berbeza juga kita dapat berkongsi informasi dari guru yang berbeza.  Apabila belajar secara berkumpulan informasi yang kita kongsi juga dapat mempertajamkan lagi daya pemikiran serta dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama insan.

iii. Mempertingkatkan Motivasi Diri

  • Melalui belajar secara berkumpulan kita akan lebih bermotivasi kerana kita akan saling membantu pada subjek yang sukar difahami, kita juga akan banyak membuat kuiz bersama, berkongsi soalan berkongsi nota juga berkongsi idea sendiri.  Suasana seperti pasti meningkatkan tahap motivasi pada diri kita supaya kita lebih bersemangat untuk belajar.

Jadi yang mana satu menjadi pilihan anda belajar secara sendiri ataupun secara berkumpulan.  Apa-apa pun pilihan kita yang penting kita selesa dan kualiti ilmu kita peroleh meningkat dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Article from Yang

Comments

comments