PT3 sudah habis! Dua tahun lagi untuk berhadapan dengan SPM. “Lama lagi tu, jom enjoy dulu!” Ada orang mengatakan Tingakatan 4 ini adalah tahun bulan madu bagi pelajar dia Malaysia yang menunggu masa untuk peperiksaan besar mereka iaitu, SPM. Adakah benar tahun bulan madu? Memang tidak belajar ke apa pada tahun itu? Kami telah berbiacara bersama beberapa bekas pelajar dan pelajar tingkatan 5 pada tahun ini untuk bertanyakan lebih lanjut tentang pendapat mereka tentang tahun bulan madu ini.
Bekas Pelajar 1
“Saya mengaku lah, saya terjebak dengan orang kata “honeymoon year” tu. Saya memang tak belajar, tak kerap datang sekolah. Saya berfikiran “SPM tahun depan bukan tahun ni, relaks lah dulu”. Tetapi saya salah. Saya terlalu relaks memikirkan SPM itu lama lagi sampai ke tingkatan 5 saya sudah senang denga keadaan saya itu, 2 bulan sebelum SPM, saya panik kerana tidak cukup study. Ya, saya menyesal dengan pemikiran “honeymoon year” itu. Saya sarankan kepada sesiapa yang terdengar or terikut ayat itu, sebaik-baik berhenti dari melakukan ia. Keputusan SPM say tidak memuaskan, dan sekarang saya bekerja selam setahun dengan gaji bawah 2k. Jika saya focus saya belajar sepaj=njang tahun honeymoon itu, saya rasa nasib saya tidak seperti ini. Bak kata perpatah “Nasi sudh menjadi bubur””
Pelajar 1
“Lagi 8 bulan untuk SPM tiba, sepanjang saya di Tingkatn 4, saya kerap ke sekolah kerana subjek baru saya pelajari seperti Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan dan banyak lagi. Oleh kerana subjek-subjek baru yang saya pelajari itu membuat kan saya tidak membayangkan “honeymoon year” itu. Kalau saya duduk rumah pun saya buat apa? Saya tiada aktiviti, abang dan adik-adik saya semua sibuk ke sekolah juga. Latihan-latihan yang cikgu beri membuatkan saya aktif dalam subjek baru-baru tersebut, saya tidak bimbang tentang SPM pada masa itu, kerana saya juga merasa ia jauh lagi, tetapi saya masih kesekolah kerana kawan-kawan dan juga ilmu-ilmu baru yang saya pelajari. Saya sehingga kini sangat teruja untuk belajar topik-topik baru di dalam tingkatan 5 ini”
Dari pemerhatian kami dari bekas pelajar dan pelajar yang telah kami temuduga, menunjukkan perbezaan pendapat mereka tentang “honeymoon year” ini. Negatif dan positif telah kami terima dari dua-dua pendapat mereka ini. Disini kita dapat memberi kesimpulan, “honeymoon year” tidak perlu di tekan kan di keliling pelajar-pelajar kita. Ia memberi impak negatif kepad mereka. Oleh itu, sebaik-baiknya kita perlu henti kan penekanan “honeymoon year” ini.