Bersukan amat penting pada pelajar kerana mereka dapat meningkatkan lagi kecerdasan minda seseorang pelajar dari bersukan dapat membentuk kekuatan mental dan fizikal yang bagus.Malah apabila seseorang pelajar bersukan dapat mengetahui cara permainan, peraturan yang ada serta alat yang digunakan pada sukan tertentu. Terdapat beberapa jenis sukan yang boleh di mainkan di sekolah:
- Olahraga
Olahraga hanya meliputi acara “lumba trek stadium” atau stade.
2. Hoki
Permainan hoki ini boleh di mainkan oleh lelaki mahupun perempuan.Ia dimainkan di padang. Permainan hoki ini biasa menggunakan kayu hoki untuk memukul bola.
3. Bola Tampar
Permainan bola tampar biasanya di mainkan oleh lelaki dan perempuan di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi dengan menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan.
4. Ping Pong
Permainan ping pong atau lebih di kenali sebagai table tennis adalah sukan yang dimainkan oleh 2 atau 4 orang pemain dengan menggunakan bet (juga di kenali sebagai paddles) untuk memukul bola ping pong ke kawasan lawan.Biasanya ping pong dimainkan secara individu atau beregu.