Bukan semua individu mampu membuat nota yang berkesan. Sesetengah individu yang tidak mampu menghasilkan notanya sendiri akan meminjam nota daripada rakan yang lain. Cara tersebut adalah salah kerana nota merupakan catatan untuk perkara yang masih perlu diberi perhatian mengikut pengetahuan individu tersendiri. Oleh itu, nota tersebut tidak layak untuk dipanggil sebagai nota yang berkesan. Penulisan ini bertujuan untuk membantu pelajar yang menghadapi kesukaran untuk membuat nota. Di bawah menunjukkan langkah-langkah untuk membuat nota yang berkesan.
- Ulangkaji tajuk
Membuat bacaan mengenai tajuk yang hendak dibuat nota. Tidak perlu menghafal tetapi individu perlu mengetahui “flow” tajuk tersebut atau pembahagian yang ada.
- Menanda
Setelah membuat bacaan dengan menyeluruh, tandakan muka surat yang penting dan yang perlu diberikan perhatian.
- Menonjolkan
Menonjolkan perkataan yang penting atau kata kunci yang terdapat di dalam perenggan yang panjang.
- Mula membuat nota
Terdapat beberapa jenis nota yang boleh dihasilkan mengikut kesesuaian individu. Namun, kesemua jenis nota perlu dibuat menggunakan ayat yang ringkas. Boleh menggunakan ayat sendiri namun pastikan maksudnya tidak lari daipada maksud asalnya.
Peta minda:
Tips: Nota yang berkesan ialah nota yang mempunyai kepelbagaian dari segi warna dan tidak bosan untuk dibaca.
Akronim:
Tips: Nota yang berkesan menggunakan akronim yang berkaitan dengan cerita dan mudah diingati. Selitkan unsur lawak supaya proses mengingati tidak membosankan. Akronim selalunya menggunakan huruf yang paling hadapan.
Pendek dan ringkas:
Tips: Nota seperti ini boleh dibuat menggunakan kertas A4 atau kertas kajang. Kertas tersebut perlu dibahagi tengah. Nota ini akan dipenuhi dengan tulisan dan mudah untuk dibawa. Ayat yang digunakan juga adalah tepat dan padat.
Kesimpulan dalam satu muka surat:
Tips: Kumpulkan kesemua maklumat dalam satu muka surat. Bahagikan setiap isi kepada kelas masing-masing.
Pastikan nota yang dihasilkan mudah difaham dan mudah dibawa. Selain membuat nota sendiri, catat apa yang diberitahu oleh guru dari dalam kelas dan lekatkan menggunakan “sticky notes” di tempat yang mudah dilihat.
Tips: Baca nota anda ketika ada masa terluang. Oleh itu, pastikan nota tersebut senang dibawa dan tahan lasak.