5 Ciri-Ciri Ingin Menjadi Pelajar Cemerlang!

Ingin menjadi seorang pelajar cemerlang dalam akademik dan aktiviti sukan bukanlah mudah kerana anda perlu membahagikan masa antara pelajaran dan sukan.

Tetapi jika anda tahu cara dan bagaimana resepi ingin berjaya ini, pasti ia akan menjadi mudah untuk menjadi cemerlang.

nani2

  1. OPTIMISTIK

Ingin menjadi pelajar cemerlang perlu sentiasa yakin dengan potensi diri sendiri untuk menempah kejayaan dalam akademik dan sukan. Keyakinan ini akan memberi semangat pada diri sendiri dengan katakana AKU BOLEH!

nani3

  1. JANGAN BERSIKAP PESIMISTIK

Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu cepat mengalah dan putus harapan sebelum berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri kalau anda tidak mencuba seperti peribahasa BELUM CUBA BELUM TAHU!

nani4

  1. MULAKAN DARIPADA AWAL

Pelajar yang cemerlang selalunya membuat persediaan awal sebelum menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan mahupun peperiksaan sebenar. Persediaan awal ini termasuklah mengulangkaji pelajaran, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, menjawab soalan daripada buku-buku latihan dan sebagainya.

nani5

  1. SENTIASA BERSEDIA

Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang diadakan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok?

nani6

  1. TEPATI WAKTU BELAJAR

Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang telah ditetapkan dan pulang pada waktunya. Ini mampu melatih pelajar supaya lebih berdisiplin dan apabila pelajar berdisiplin, ia mudah bagi pelajar untuk focus dalam pelajaran.

 

Article from Ainanie

Comments

comments