Persiapan Bekalan Anak Ke Sekolah

Tips cara mudah untuk membuat serta menyiapkan bekalan sekolah untuk anak.Ketika anak sudah mula masuk ke sekolah kita juga sebagai ibu bapa mempunyai perasaan suka untuk menghantar serta menyiapkan seluruh keperluan sekolah anak termasuk juga bekal makanannya.Tetapi adakala anak kurang berselera untuk memakan bekalan yang kita buatkan jadi mereka pilih untuk membeli sahaja di sekolah. Di bawah saya akan memberikan beberapa tips untuk membuat dan menyiapkan bekal untuk di bawa anak ke sekolah dan juga pastinya ia sihat dan anak berselera pada waktu makan.

  1. Menarik bila diceritakan

Berikan keterangan mengenai jenis makanan yang anda bawakan supaya anak dapat mengenal dunia kuliner. Informasi begitu sangat penting untuk menunjang kesihatan anak pada kehidupan di masa akan datang. Manfaat lainnya, anak akan lebih menikmati hidangan kerana ada cerita di sebalik penyajiannya.

t1

2. Jadual Menu
Buatlah jadual jenis menu yang akan mereka bawa. Sebaiknya setiap hari bervariasi sehingga anak tidak terjebak dalam kebosanan dan hanya menyukai jenis makanan tertentu.

t2

3. Bersih dan sihat

Usahakan menyajikan makanan dalam keadaan bersih dan sihat. Lebih baik lagi dalam bentuk “one dish meal” atau hidangan sepinggan, agar dalam satu hidangan kandungan gizinya sudah lengkap. Hindari menggunakan zat bahan makanan tambahan yang dapat membahayakan kesihatan anak.

t3

4. Kreatif

Hendaknya bekal sekolah dikreatifkan dalam bentuk yang menarik, mudah dibawa, mudah disantap anak, dan mempunyai cita rasa yang enak. Caranya adalah dengan menyajikan bekal yang terbuat dari bahan yang beraneka ragam tanpa meninggalkan keserasian dalam cita rasa.
t4

Tips persiapan bekalan anak ke sekolah di harapkan berguna dan bermanfaat untuk anda yang bingung dalam menyiapakan bekalan untuk anak.Di harapkan dapat memberi manfaat kepada semua.Sekian.

Comments

comments