Apa Itu PENANDA WACANA ?

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

Jenis Penanda Wacana Contoh Penanda Wacana
Turutan Seterusnya, Akhhirnya, Selain itu, Selaras dengan itu, Pertama sekali, Lebih penting lagi, Keduanya, Kemudian.
Penambahan Dan, Sekali lagi, Tambahan pula, dan kemudiaanya, sebenarnya, lebih-lebih lagi, bertitik tolak, dalam hal ini juga, selain itu.
Kata penghubung Tetapi, serta, sungguhpun, lalu, agar, jika, walaupun, supaya.
Perbandingan/ pertentangan Tetapi, Walaupun, Sebaliknya, Berbeza dengan, Walau bagaimanapun, Jika dibandingkan dengan, Seperti halnya, Sehubungan dengan itu, Walau bagaimana sekalipun, Sama dengan, Selari dengan, Namun demikian.
Contoh Contohnya, Misalnya, Seperti mana, Umpamanya, Apa yang dimaksudkan ialah, Biar kita ambil contoh.
Masa Akhirnya, Dewasa ini, Selepas itu, Pada mulanya, Sesekali, Sebelum itu, Semenjak itu, Sementara itu, Pada ketika itu, Pada masa yang sama.
Kesimpulan Oleh itu, Jadi, Pendek kata, Rumusannya, Kesimpulannya, Pada keseluruhnannya, Ringkasnya, Sebagai penggulungnya, Jelaslah bahawa, Demikianlah, Kesudahannya.
Penanda wacana umum Dengan ini, Justeru, Amnya, Sering kali, Lazimnya, Kebiasaannya, Ramai berpendapat bahawa.

Comments

comments