Pada masa kini, teknologi dan inovasi telah mengambil alih segala aspek kehidupan. Begitu juga situasi di dalam bilik darjah, wujud jurang dalam komunikasi antara pelajar dan guru. Semua guru pernah menjadi pelajar, dan sering kali mereka ingin membantu supaya lebih efektif. Mengajar bukan kerja yang senang. Kadang-kadang anda perlu menghadapi masalah yang timbul dalam proses pembelajaran.

Jadi untuk membantu anda sepanjang proses ini, artikel ini akan memberitahu anda 8 perkara yang pelajar mahukan dari guru-guru mereka. Sebagai ibu bapa, ini boleh menjadi sumber penting untuk memahami anak-anak anda dengan lebih baik. Sebagai pelajar, ini akan berfungsi sebagai suara pendapat anda.

  1. Mereka mahu guru yang membuat kelas/pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan

Pelajar mempunyai minda yang proaktif dan bersemangat; mereka mahukan kelas yang aktif dan boleh memberikan perkongsian idea dan pendapat dalam sesi pembelajaran.

  1. Mereka mahu guru-guru yang bersemangat

Pelajar mahu seorang guru yang sukakan kerja mereka. Pelajar boleh merasakan jika guru tidak mahu berada bersama dengan mereka. Bersemangat dalam sesi pembelajaran dan menunjukkan mereka suka mata pelajaran yang diajar boleh menjadi faktor yang menarik untuk pelajar.

  1. Mereka mahu seorang guru yang mahu membantu mereka belajar

Guru perlu menunjukkan sikap yang positif untuk memastikan pelajar belajar apa yang diajar. Ia mungkin mengambil lebih masa dari segi penerangan, kesabaran dan bimbingan.

  1. Mereka mahu seorang guru yang tidak hanya bersyarah

Syarahan yang berlebihan boleh membawa mereka jauh dari intipati kelas – pengajaran. Pelajar mahu diajar dan tidak diberikan syarahan. Guru perlu cuba untuk memberitahu cerita atau menawarkan contoh yang akan menangkap daya imaginasi mereka.

  1. Mereka mahu guru yang akan mencabar mereka

Mencabar pelajar bermakna anda menunjukkan mereka dan membimbing mereka bagaimana untuk mengendalikan sesuatu. Sama ada ia adalah satu projek kelas atau tugasan, cabar mereka untuk kerja-kerja yang mereka dilakukan.

  1. Mereka mahu diberikan perhatian

Pelajar ingin tahu bahawa guru juga memberikan perhatian kepada mereka. Cuba tinggalkan mesej khas bawah meja mereka atau membuat komen yang menunjukkan anda perhatikan mereka.

  1. Mereka mahu guru yang menggalakkan mereka untuk bersuara di dalam kelas

Biar mereka bertanyakan soalan; berkongsi perspektif mereka mengenai pelbagai perkara. Walaupun di luar topik, beri mereka peluang untuk berkongsi pendapat mereka. Anda juga mungkin boleh belajar benda baru.

  1. Mereka mahukan guru yang bertolak ansur

Sekolah bukan seperti adegan filem Matilda atau kem tentera. Pelajar sukakan guru yang tenang dan boleh bersama-sama dengan mereka.

 

Info di atas juga penting untuk kita semua mempunyai rasa tanggungjawab dalam memberikan kesan yang positif dalam kehidupan pelajar tanpa mengira sama ada kita seorang guru atau tidak.

Comments

comments